Rumah saya
  Saya tinggal dalam sebuah rumah yang kecil. Rumah saya diperbuat daripada batu bata dan genting. Rumah saya mengandungi dua bilik sahaja. Bilik dapur dan bilik mandinya sangat kecil. Ruang tamunya juga tidak begitu besar. Pendek kata rumah itu hanya cukup untuk keluarga kami yang seramai empat orang.
  Ada sedikit kawasan tanah lapang di sekeliling rumah saya. Kawasan ini ditanami dengan rumput-rumput hijau. Di balakang rumah saya itu ada ditanam dua pohon mannga. Di hadapan rumah pula dihiasi dengan pokok-pokok bunga. Semuanya ini menambahkan kecantikan rumah kecil saya itu.
  Walaupun rumah saya itu bukan sebuah rumah yang besar, saya tetap berpuas hati dengannya.

Comments

Popular Posts