Laporan Kuiz Persatuan Bahasa Malaysia
Pertandingan Kuiz Bahasa Malaysia telah diadakan pada 11 Mei 2013, 9.00 pagi di Dewan Puteri Sekolah Kebangsaan Seri Ledang,. Sebanyak empat kumpulan iaitu Kumpulan A,B,C dan D mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang peserta.
Pertandingan kuiz ini diadakan sempena Minggu Bahasa sekolah. Di samping itu, pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Bahhasa Malaysia dengan lebih luas dan betul.
Dalam pertandingan itu, Kumpulan C, iaitu pelajar-pelajar dari Tahun Lima dan Enam Sendayan telah menjadi juara. Mereka memperoleh markah sebanyak 85 mata.Mereka memperoleh markah sebanyak 70 mata. Kumpulan D pula hanya berjaya mengumpul 68 mata.
Ahli-ahli jawatankuasa pertandingan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amat disanjungi.
Dilaporkan oleh,
Lim Sui King
(LIM SUI KING)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Seri Ladang.

Comments
Post a Comment