ORANG YANG SAYA SAYANGI



Beliau merupakan orang yang sentiasa membantu, menasihati, mencurahi saya dengan penuh kasih sayang. Beliaulah yang mendidik dan membimbing saya selama ini. Beliau yang dimaksudkan adalah ibu saya, iaitu orang yang paling saya segani.


Ibu saya merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Oleh sebab keluarga saya tidak mampu mengupah pembantu rumah, ibu sayalah yang menghabiskan semua kerja-kerja rumah termasuk memasak, mencuci dan menjaga adik-adik.


Selain itu, ibu saya juga bertugas sebagai pemandu yang menghantar saya serta adik-adik pergi ke dan balik dari sekolah. Kadang-kala beliau juga menyediakan bekalan makanan untuk kami bawa sebagai sarapan petang.


Ibu saya merupakan seorang pemain piano yang handal. Lagu-lagu klasik seperti Elise, Fantasia importu, Ave Maria dan lain-lain merupakan lagu-lagu yang hebat dipersembahkan oleh ibu saya. Saya amat mengagumi kebolehan dan kehandalan ibu saya. Kami adik-beradik sentiasa berpeluang menikmati lagu-lagu yang dimainkan oleh ibu saya.


Sejak kecil saya dapat merasai kasih sayang ibu saya yang tidak terhingga. Semasa saya belajar berbasikal pada umur 5 tahun, saya terjatuh lalu menangis. Ibu saya tidak membantu saya berdiri. Namun, beliau berdiri di sisi dan terus memberi galakan dengan memberitahu saya jangan mengaku kalah€ dengan mudah, saya perlu bergantung kepada sendiri dan belajar menjadi berdikari. Beliau berharap saya dapat menjadi orang yang berjaya dan berkeyakinan pada masa depan.


Sebelum tidur ibu dan ayah akan berdoa bersama kami adik-beradik. Mereka mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga kerana kasih sayang merupakan teras keluarga bahagia.


Saya berharap agar ibu akan sentiasa sihat dan ceria. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu.

Comments

Popular Posts