Clara dan Natasha telah berjanji hendak ka Pameran Perubatan Tradisional 2013 yang diadakan di Pusat Perubatan Sinar.
'Eh, awal kamu sampai, Clara!' tegur Natasha sebaik-baik sahaja melihat rakannya itu berdiri di pintu pagar rumahnya.
Clara hanya tersenyum. 'Cepatlah, saya sudah tidak sabar-sabar hendak ke pameran itu,' kata Clara.Kemudian, mereka menuju ke perhentian bas. Perjalanan ke tempat pameran itu mengambil masa labih kurang 30 minit. Pada jam 10.00 pagi, mereka pun tiba di Pusat Perubatan Sinar. Clara dan Natasha terus ke sudut rawatan akupunktur.
'Oh, inilah kaedah perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus!' kata Clara.

Comments
Post a Comment